Powered by Blogger.


Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1M'sia

Pada 10 Julai 2012, semua sekolah seluruh Malaysia terlibat dengan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1M'sia. Program ini bermula secara serentak pada pukul 8.00 pagi.

Begitu juga dengan murid-murid SK Parit Tok Ngah. Semua murid mula berkumpul di tapak perhimpunan bermula pada pukul 7.00 pagi. Pukul 7.15 pagi, guru-guru kelas mengambil kehadiran murid di tapak perhimpunan itu. Sebelum bermulanya program senamrobik itu, tuan guru besar iaitu En Md Salleh bin Ali memberikan sedikit ucapan kepada murid-muird.

Tepat pukul 8.00 pagi senamrobik dimulakan. beberapa orang murid di bawah bimbingan Cikgu Noorfarezah telah menjadi instruktor di hadapan semua murid .Semua guru dan murid mengikuti senamrobik ini selama 35 minit seperti yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Senamrobik ini telah menjadikannya satu rekod di mana ramai orang mengadakan secara serentak acara ini. Tahniah kepada murid SK Parit Tok Ngah dan guru-guru kerana bersama menjayakan program senamrobik ini.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP