Powered by Blogger.


TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 29 SKPTN 2012

Pada 21 Jun yang lalu, SK Parit Tok Ngah telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan yang ke - 29 Temasya sukan berikut diadakan pada hari Khamis , pukul 2.30 petang bertempat di padang SK Parit Tok Ngah.

Tiga buah rumah sukan iaitu Rumah Zamrud, Rumah Intan dan Rumah Delima telah berentap pada temasya sukan tersebut.Pelbagai acara diserta oleh murid dari ketiga-tiga buah rumah sukan ini. Acara yang dujalankan pada hari sukan tersebut adalah seperti 100m, 80m, 50m, Lari berpagar, 4X 100m, sukaneka dan sebagainya. Terdapat juga acara untuk Kaum bapa dan ibu yang sangat menarik.



Ramai tetamu jemputan yang hadir. Pihak sekolah pada awalnya menjemput Dato, Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merasmikan perasmian penutup tetapi pada saat akhir beliau tidak dapat hadir dan diwakilkan kepada Pegawai daerah Kerian iaitu Tn Kamarudin bin Awang.

temasya sukan itu berjalan dengan meriahnya. Rumah sukan Delima telah menjadi juara keseluruhan temasya sukan tersebut.Manakala olahragawan telah disandang oleh adik Muhamad Samad dari rumah Delima dan olahragawati pula disandang oleh adik Nur fatini binti Ali dari rumah Delima juga.

Jawatan kuasa sukan SK Parit Tok Ngah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga , wang ringgit dan sebagainya dalam menjayakan temasya sukan tersebt. Tahniah kepada semua guru dan murid SK Parit Tok Ngah atas kejayaan mengadakan sukan tersebut,

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP