Powered by Blogger.


‘Bazir latih guru BI di luar negara’

Kerajaan disaran mengambil tenaga pengajar bahasa Inggeris tempatan untuk melatih guru menguasai bahasa itu dengan cemerlang bagi menjimatkan kos pembiayaan pengajian mereka di luar negara.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata mereka tidak perlu dihantar mempelajari bahasa berkenaan di luar negara memandangkan negara sudah mempunyai ramai tenaga pengajar berkebolehan di pusat bahasa sekarang.

“Ini membolehkan kerajaan menghantar lebih ramai guru menguasai bahasa Inggeris, sekali gus membantu kerajaan menjimatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi melatih mereka di luar negara.

Read more...

Murid sekolah hilang selepas habis aktiviti perkhemahan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan hilang setelah selesai menghadiri perkhemahan pasukan beruniform di Sekolah Kebangsaan St Micheal di sini, Ahad lalu. 

Muhammad Norman Zahar gagal dikesan keluarganya ketika ingin mengambil mangsa di sekolahnya selepas selesai program berkenaan. 

Ibu mangsa, Sharifah Mustafa, 35, berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan guru sekolah bahawa Muhammad Norman sudah pulang ke rumah setelah selesai program pada jam 10 pagi. 

Read more...

Belajar percuma, PTPTN harus kekal

Apakah ura-ura hendak menghapuskan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kini diperjuangkan oleh sesetengah pihak boleh disamakan dengan perjuangan bagi menawarkan pengajian tinggi percuma di semua IPTA? Ini tetap merupakan satu polemik yang menarik dalam kalangan beberapa pihak, bukan saja terhad kepada orang politik.
Sepintas lalu, kita dapati ramai siswa yang masih dibebani potongan gaji untuk membayar balik hutang pinjaman itu mengharapkan agar tunggakan mereka itu dapat dihapus-kira. Itu lebih berkisar kepada perhitungan kepentingan peribadi.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP