Powered by Blogger.


CARA MENGETAHUI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK DALAM QURAN

Tip yang ingin dikongsikan adalah cara utk mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran tanpa membuka al-quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

"Selamat mencuba"

Read more...

Tujuh Nama Lain Mekah Dalam Al Quran


Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.
 
1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath [48]: 24).

2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran [3]: 96).

Read more...

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1M'sia

Pada 10 Julai 2012, semua sekolah seluruh Malaysia terlibat dengan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1M'sia. Program ini bermula secara serentak pada pukul 8.00 pagi.

Begitu juga dengan murid-murid SK Parit Tok Ngah. Semua murid mula berkumpul di tapak perhimpunan bermula pada pukul 7.00 pagi. Pukul 7.15 pagi, guru-guru kelas mengambil kehadiran murid di tapak perhimpunan itu. Sebelum bermulanya program senamrobik itu, tuan guru besar iaitu En Md Salleh bin Ali memberikan sedikit ucapan kepada murid-muird.

Tepat pukul 8.00 pagi senamrobik dimulakan. beberapa orang murid di bawah bimbingan Cikgu Noorfarezah telah menjadi instruktor di hadapan semua murid .Semua guru dan murid mengikuti senamrobik ini selama 35 minit seperti yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Senamrobik ini telah menjadikannya satu rekod di mana ramai orang mengadakan secara serentak acara ini. Tahniah kepada murid SK Parit Tok Ngah dan guru-guru kerana bersama menjayakan program senamrobik ini.

Read more...

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 29 SKPTN 2012

Pada 21 Jun yang lalu, SK Parit Tok Ngah telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan yang ke - 29 Temasya sukan berikut diadakan pada hari Khamis , pukul 2.30 petang bertempat di padang SK Parit Tok Ngah.

Tiga buah rumah sukan iaitu Rumah Zamrud, Rumah Intan dan Rumah Delima telah berentap pada temasya sukan tersebut.Pelbagai acara diserta oleh murid dari ketiga-tiga buah rumah sukan ini. Acara yang dujalankan pada hari sukan tersebut adalah seperti 100m, 80m, 50m, Lari berpagar, 4X 100m, sukaneka dan sebagainya. Terdapat juga acara untuk Kaum bapa dan ibu yang sangat menarik.

Read more...

Subjek PKRS atasi masalah kepincangan sosial

Kementerian Pelajaran berharap mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang bakal diperkenalkan kepada murid sekolah tidak lama lagi berupaya mengurangkan masalah kepincangan sosial di kalangan anak muda sekarang.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, selain itu, silibus yang sesuai dimasukkan dalam mata pelajaran berkenaan juga dikatakan boleh menyedarkan anak muda mengenai bahaya ancaman kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) di negara ini.

Read more...

Sarapan dapat kurangkan berat badan?

ADAKAH kamu tahu bahawa bersarapan itu penting bagi mengurangkan berat badan? Ya, kerana apabila bersarapan, kita dapat mengurangkan pemakanan makanan ringan atau snek sebelum makan tengahari.
Maka sarapan sebenarnya amat penting kepada kehidupan terutamanya remaja dalam proses tumbesaran.
Selalunya, selepas tidur, badan akan menjadi lemah kerana perut telah menjadi kosong dan air dalam badan juga berkurangan. Kandungan gula dalam darah juga menjadi rendah, menjadikan badan tidak bermaya dan bertenaga.
Apabila bersarapan makanan yang perlu diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya makanan berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Read more...

Gapena tidak setuju bahasa Mandarin disama taraf dengan bahasa Malaysia

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) tidak bersetuju dengan tuntutan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), yang mahu bahasa Mandarin menjadi bahasa pengantar utama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh negara. Ketua Satu Gapena, Profesor Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar berkata tuntutan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP